Wednesday, April 15, 2009

KEPENTINGAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU BAKU DALAM MEDIA MASSA

KEPENTINGAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU BAKU DALAM MEDIA MASSA
Bagi pihak media massa perlu dipatuhi iaitu menggunakan sebutan baku dalam “Siaran melalui media elektronik (radio, televisyen dan filem), seperti pembacaan berita, penyampaian hebahan, ulasan dan pengacaraan sesuatu rancangan.” Dengan adanya satu bahasa yang standard dalam dalam media massa, masalah yang timbul disebabkan salah faham yang berlaku di kalangam rakyat dapat diatasi.
Selain itu, penggunaan bahasa Melayu baku dalam media massa juga boleh mengelakkan berlakunya percanggahan tafsiran ekoran daripada penggunaan dialek di Malaysia. Umpamanya penggunaan perkataan bela membawa maksud yang kotor bagi masyarakat di Kelantan sedangkan bagi dialek lain maksudnya pelihara. Begitu juga dengan penggunaan ayak di Kedah yang bemaksud air, sedangkan maksud saring bagi dialek lain.
Melalui media massa, perpaduan di antara pengguna-pengguna dialek terhadap penggunaan bahasa yang standard dan sama turut ditimbulkan. Dengan menggunakan satu bahasa yang sama di kalangan seluruh rakyat,maka ciri-ciri perpaduan masyarakat rakyat dapat dipupuk.

No comments:

Post a Comment