Sunday, October 18, 2009

Pertama...

Ini memang satu pengalaman yang "menarik"..Apa yang "menarik" ?

Pertama,blog saya telah digunakan sebagai tugasan..Satu blog harus dipaparkan seminggu.Mana ada pensyarah yang hebat macam ini. Ok,walaupun dahsyat tapi ia juga membantu saya membukakan blog peribadi yang pertama ini..

Kedua,tiga bulan yang lepas,bahasa dalam facebook saya pula ditukar dari BI ke BI..Alasannya,kita sekarang belajar BM dalam multumedia, terpaksalah tukar..Yang paling hebat, mana ada orang memaparkan teka-teki dan pantun dalam blog..yeah,pelajat dr. yang hebat semua buat tugasan ini...memang susah tapi telah mengeratkan hubungan dengan kawan pula secara tidak langsung(saya haraplah).

Ketiga,kali pertama saya mendengar "e-sastera"..Apa benda ini?Rupa-rupa laman web yang tentang kesusasteraan melayu..Aduh, satu lagi tugasan yang sakit kepala..

Keempat, soal selidik yang mengambil masa yang lama untuk disiap...Terpaksa saya meminta tolong dari rakan-rakan sekolah saya..Kali pertama lagi kita semua membuat tugasan seperti ini, tapi dapat juga saya menghantarnya dalam tempoh yang ditentukan.

Kursus ini memang "menarik" diajar oleh beliau..Sebab mana ada pensyarah yang berikan tugasan lagi lepas peperiksaan akhir, beliaulah orang yang pertama...

Thursday, September 24, 2009

Perak dan Pulau Pinang




Lima hari empat malam melawat ke dua tempat iaitu Ipoh Perak dan Pulau Pinang amat meletihkan tetapi ia merupakan pengalaman yang baik bagi saya.

kami bertolak pada hari Sabtu yang lalu kira-kira pukul 9.30 pagi. Had laju dalam perjalanan di lebuhraya utara-selatan kira-kira 100km/jam. rasa-rasanya lalu lintas hari ini lancar sekali. Tapi berlakunya kesesakan lalu lintas setelah sampai pertengahan perjalanan akibatnya berlaku kemalangan 4 buah kereta melanggar antara satu sama lain. Ini telah menyebabkan perjalanan kami mengambil masa 4 jam sampai ke Gopeng iaitu kira-kira 2 petang. Nasib malang masih menyambung dengan hujan lebat telah mengakibatkan kami tidak dapat melawat ke gua Tempurung. Walaobagaimanapun, kami sempat juga menikmati makanan yang sedap "ayam tau gei".


Hari kedua, perancangan kami di Ipoh ialah "kelies castle", kapal korek biji timah, "
"gua ji len" dan "gua san bao". Hari ini, cuaca mengizinkan kami melawat ke tempat yang dirancang. Yang menarik di Ipoh ialah setiap kali kami menjamu selera semestinya harus menunggu setengah jam baru ada tempat duduk. Ini menjelaskan bahawa penduduk di sana memang suka makan.

Hari ketiga, kami bertolak ke penang setelah menikmati tengah hari di sebuah kedai yang terkenal di pusat bandar Ipoh. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 setengah jam. setelah sampai di rumah kawan, kami berehat sebentar supaya bertenaga untuk jalan-jalan cari makan pada waktu malam. Dengan malangnya, perut saya sakit tiba-tiba kemungkinan kekurangan mimun air sepanjang hari. Ini telah merosakkan "mood" untuk menikmati makanan di bandar yang penuh dengan makanan yang sedap.

Hari keempat, kami telah melawat ke tempat-tempat menarik di Pulau Pinang. Segala yang menarik boleh merujuk gambar-gambar yang disertai. Pulau Pinang memang menjadi tempat pelancongan yang seseuai bagi ramai orang. Tempat menarik, makanan sedap.

Kami pulang ke Semenyih pada hari kelima. Perjalanan lancar sekali dan mengambil masa 5 jam untuk sampai ke rumah.

Sunday, September 6, 2009

UPSR

UPSR?
Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah atau UPSR adalah program pengujian untuk menilai pencapaian kognitif pelajar di akhir sekolah rendah di Malaysia dan diambil oleh pelajar-pelajar di akhir Tahun Enam pendidikan rendah.

Ia diperkenalkan pada tahun 1987 bagi menggantikan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Pada tahun 1995, format Matematik diubah dengan memperkenalkan soalan subjektif. Pada tahun 2001, penilaian termasuk kerja sekolah calon.
Objektifnya ialah untuk menilai pencapaian pelajar sekolah rendah dalam kemahiran asas mereka di dalam Sains dan Matematik dan juga bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Ia berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Kira-kira 15 tahun yang lalu saya telah menduduki UPSR. Masih ingat masa itu memang berasa sangat risau. Apa yang risau? Apa lagi, pasti Bahasa Malaysia yang selalunya menjadi cabaran utama bagi pelajar cina di SJKC. Pencapaian BM saya mulai merosot semasa saya belajar tahun 3. Punca utama ialah saya tidak memahami apa yang diceritakan dan diajar oleh guru kaum Melayu. Saya percaya ini bukan masalah saya, bahkan ia juga masalah kebanyakan pelajar cina. Keputusan UPSR saya kurang memuaskan terutmanya BM penulisan. Ini merupakan satu pengalaman pahit bagi saya.

8-10 / Ogos 2009 merupakan UPSR tahun ini. Ia juga melibatkan saya. Mungkin anda ingat saya akan menduduki UPSR lagi ke...Bukan. Sebenarnya ialah anak murid saya yang menduduki peperiksaan ini. Tahun ini saya diagihkan tugasan untuk mengajar tahun 6 Bahasa Malaysia. Ia merupakan cabaran bagi saya yang masih baru dalam bidang pendidikan.

Anak murid ini rasa-rasanya tidak risau tentang peperiksaan. Adakah anak murid hari ini semua sedemikian, ataupun hanya anak murid yang ”hebat” saja. Setiap kali saya bertanya ”adakah anda semua berasa risau?’ Jawapannya memang tidak. Kenapa sedemikian? Saya masih cari jawapannya. Adakah mereka sudah putus asa? Adakah mereka tidak mengambil berat ? Ini sudah tidak penting bagi mereka dan saya kerana masa tidak mengizinkan. UPSR akan berlangsung 2 hari lagi. Yang saya harap ialah mereka boleh menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh.

P/s : saya sentiasa berdoa bahawa mereka dapat mengatasi lintangan ini supaya mencapai keputusan yang terbaik.

Sunday, August 30, 2009

Gangguan manis....

Gangguan terjadi beberapa hari dalam kehidupan aku. Anda yang dari jauh telah masuk ke dalam hidup menjadikanku keletihan, tidak cukup ketiduran dan kelam kabut.

24 Ogos 2009, malam, anda telah menelefonku bahawa anda akan mengikut keluargamu menyeberang laut ke sini. Anda memberitahuku bahawa anda tidak mengikuti keluarga pergi ke Langkawi dan akan berada di Kuala Lumpur selama 4 hari 3 malam. Dengan itu, aku telah mengajak anda tinggal di rumah aku supaya kita yang sudah lama tidak jumpa ni boleh bertemu.

Setelah anda sampai,gangguan itu bermula. Anda sampai di rumah aku pada malam hari Khamis. Malam itu, kita berbual-bual sehingga pukul 3 pagi. Sejak datang ke sini, aku tidak berbuat sedemikian...Masih ingat, itulah perkara yang selalu aku lakukan bersama rakan-rakan sejati semasa belajar. Malam itu, kita berbual tentang perkara dulu serta sekarang...ada yang gembira, ada yang menyedihkan...aku faham semuanya suara hati
kita dua..

Hari keesokan, kita semua telah pergi ke Bukit Bintang. Aku yang bertanggungjawab memandu kereta..Dalam perjalanan, anda yang suka bergurau menghiburkan kita..Setelah sampai di sana, anda mulai membeli-belah. Inilah tujuan anda datang ke sini. Aku pun menemani anda sampai pukul 9.00 malam barulah bertolak balik ke rumah.

Hari ketiga, kita turut berjuang di tempat lain ” Sogo”. Nampaknya anda hanya boleh mendapat sedikit bahan perjuangan. Jadi, kita pun bertukar tempat ke Time Square supaya boleh bertemu dengan ahli keluarga. Malam ini kita balik pada pukul 10.30 dengan menaiki KTM. Kemudian, kita sambung di mamak. Kebetulan malam ini terdapat siaran langsung pertandingan “Manchester United vs Arsenal”, kita pun menonton siaran langsung ini sehingga pukul 1.00. MU telah menang dalam pertandingan ini dengan 2 : 1 .

Masa berlalu begitu cepat. Awal pagi hari ini, aku telah menghantar anda ke stesen KTM. Anda akan balik petang ini. Walaupun beberapa hari ini, kita semua dalam keletihan, tetapi ini amat bermakna bagi kita dan amat aku hargai ia. Gangguan manis telah tamat. Dengan itu, kehidupanku kembali tenang. Di sini, aku berterima kasih kepada anda yang memberikan kenangan ini.......Rakan sejati, Tham KF.

Sunday, August 23, 2009

Gimnastik berirama di sekolah ...hehe

Pendidikan Jasmani saya dengan gimnastik berirama untuk Tahun Enam memang susah dan menarik bagi saya. Saya telah menghadapi sedikit masalah juga tetapi saya masih dapat mengatasinya dengan candangan-cadangan dari rakan-rakan. Tambahan pula, saya telah belajar banyak benda-benda melalui pelajaran ini kerana ia juga merupakan satu cabaran bagi saya yang tidak pernah mengajar topik ini. Saya juga mendapatkan idea melalui internet dan ia amat sesuai dengan pelajar tahun 6.

Pelajar-pelajar amat berminat tentang pegajaran ini tetapi mereka semua juga berasa ia amat sukar(kebanyakan pelajar lelaki). Aktiviti itu memerlukan pelajar-pelajar untuk melakukan teknik yang menggunakan reben ,gelang dan bola dengan ‘Schottische Step’ dan mengikuti irama muzik. Minggu pertama, saya melakukan teknik yang ringkas dan memberikan perterangan yang sesuai. Seterusnya, latih tubu dilakukan oleh setiap pelajar. Keadaan pada masa itu kelam kabut tetapi juga dapat diselesaikan dengan ”baik”.

Seterusnya, saya menyuruh pelajar-pelajar bagi mewujudkan persembahan menggunakan Schottische Step, mengikuti irama muzik dalam empat kumpulan. Bila mereka membincangkan tentang persembahan mereka, saya pun memberikan sedikit candangan supaya mereka boleh mewujudkan langkah-langkah yang betul dan menarik. Persembahan mereka akan ditunjukkan pada minggu seterusnya.

Minggu kedua, mereka telah mewujudkan ”tarian” mereka dalam kumpulan-kumpulan mereka. Saya memberikan masa setengah jam untuk berlatih. Kemudian, saya memita mereka membuat persembahan di hadapan kumpulan lain. Saat yang dinanti-nantikan telah mula. Kumpulan pertama, kumpulan kedua, kumpulan ketiga dan kempulan keempat ........persembahan tamat....Apa yang saya nampak ialah persembahan telah melebihi apa yang saya jangkakan sebelum ini. Pelajar-pelajar itu mewujudkan persembahan yang menarik walaupun ada sedikit kelam kabut terutamanya pelajar lelaki yang malu-malu telah ”merosakkan” persembahan. Tapi hasilnya, memuaskan dan saya rasa mereka akan melakukannya dengan lebih baik sekiranya diberikan masa yang lebih panjang.

P/S : Hari tersebut lupa nak ambil gambar, tak syok....

Sunday, August 16, 2009

Nikon atau Canon


Seperti apa yang saya cerita dulu, saya berminat dengan mengambil gambar. Dengan itu, saya memberi pandangan sebuah kamera digital DSLR, dan saya telah menyempitkan pilihan antara Nikon D5000 atau Canon 500D yang terkini DSLR daripada dua pengeluar yang terkenal di dunia. Baik, jika anda masih tidak boleh menentukan fikiran anda, dan jika anda adalah tidak yakin yang anda mahu LCD lancar daripada Nikon atau atasan mutu imej Canon.

Kedua-dua Nikon D5000 dan Canon 500D dapat menghasilkan imej-imej hebat dengan seting ISO yang sama dan Canon 500D mempunyai 15.1 megapiksel, manakala D5000 mempunyai 12.3 megapiksel. Resolusi lebih tinggi Canon 500D tidak semestinya menjamin imej lebih baik. Ini kerana Nikon D5000 mempunyai satu skrin LCD lebih kecil, tetapi ia menawarkan satu LCD lipatan untuk mengambil gambah yang kreatif. Di samping itu. Canon 500D rasanya lebih “plastik”. Kedua-dua buah kamera menyifatkan penangkapan video HD keupayaan, dengan Canon 500D mempunyai HD yang benar pada 1080p.

Kedua-dua buah kamera menawarkan teknologi terkini dengan harga yang menarik. Jika anda berminat Nikon, pilihan ini amat sesuai untuk sesiapa yang baru mula atau ingin belajar mengambil gambar.Sebalikny jika anda berminat Canon,inilah pilihan anda. Jika harga adalah penting, baik, Nikon D5000 berharga RM400 lebih kurang daripada Canon. Jika anda perlu LCD lancar, Nikon 5000 adalah pilihan akhir. Jika 1080p video HD adalah apa yang anda mahu, Canon 500D adalah pilihan ketara. Terdapat tidak perbezaan yang besar dalam mutu imej akhir antara Nikon D5000 dan Canon 500D. Kedua-dua buah kamera boleh mengambil imej-imej yang baik.

Jadi, keputusan muktamad mungkin pergi ke ergonomi dan bersesuaian tangan anda lebih baik. Pergi ke kedai dan menangani kedua-dua.Ergonomi hanya ada satu lagi perkataan yang bermaksud semua kira-kira baik kamera muat tangan.Nikon D5000 dan Canon500D adalah kamera-kamera SLR digital yang bersaiz kecil. Saiz kecil kamera-kamera ini juga menterjemahkan bahawa jika anda telah dapat jari-jari yang panjang atau tangan besar kamera-kamera ini tidak mudah untuk digunakan.

Akhir kata, anda sepatutnya berupaya menentukan kamera yang lebih baik . Yang penting, pilihlah kamera yang anda suka dan sesuai.

Saturday, August 15, 2009

Ku Bumi

Kini
Semuanya susah
Ku berbadan panas
Rasa sakit pening kepala

Kini
Ku minta tolong
Jagalah aku
Jangan membiarkan ku dimusnahkan

Ku
Ku berharap
Hargailah ku
Demi ku serta semua makhluk

Thursday, April 23, 2009

Gambar yang ku ambil

Ambil gambar merupakan salah satu minat dalam kehidupanku sejak membeli sebuah kamera digital Canon A590i. Aku sentiasa membawanya di sisiku supaya dapat mengambil gambar-gambar yang cantik, istimewa, menarik ataupun bermakna.Berikut adalah gambar-gambar yang diambil.



pasukan bola keranjang sekolah saya 2009

Pasukan perempuan dapat naib johan dalam pertandingan antara sekolah daerah Hulu Langat.
Johan menantikan kau tahun depan...

Pasukan lelaki pula kalah dalam pusingan kedua........harap tahun depan boleh mendapat kemenangan. Budak-budak ini perlukan lebih banyak latihan.

Wednesday, April 22, 2009

bunga api (CNY 2009)





Gambar-gambar dan video ini saya ambil semasa tahun baru cina 2009. Seperti biasa, kaum cina di sekitar rumah saya mula menyalakan bunya api pada pukul 11.45 pm supaya menyambut kedatangan hari pertama TBC. 'Persembahan' ini dijalankan selama 45minit.

keluargaku


adik saya?bukan...si gemuk ni anak jagaan mak ....

siapa orang belakang ni???
keluarga ni tambah seorang lagi ahlinya....
bila nak tambah lagi(asyik ditanya saudara mara)

Wednesday, April 15, 2009

Sarawak...Tanah air ku..

beg ni dibuat daripada rotan sepenuhnya, rasanya ramai dah kenal beg ni kan..Di sarawak saja ada benda ni..ha ha ha..





kereta(Honda City)



Honda City (New Model)
Harga termasuk 1 tahun cukai jalan dan Insuran
Honda City Grade SRM 84,980.00
Anggaran bayaran muka dan bayaran bulanan untuk Honda City Grade S
Harga (On The Road) RM 84,980.00
Bayaran Muka 10% RM 8,580.00
Pinjaman RM 76,400.00Bayaran Bulanan:7 tahun RM 1,059.009 tahun RM 857.00
Honda City Grade ERM 89,980.00
Anggaran bayaran muka dan bayaran bulanan untuk Honda [...]

Murid saya












Murid saya ada yang pandai.....yang malu.....dan ada juga yang kacak.....

KEPENTINGAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU BAKU DALAM MEDIA MASSA

KEPENTINGAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU BAKU DALAM MEDIA MASSA
Bagi pihak media massa perlu dipatuhi iaitu menggunakan sebutan baku dalam “Siaran melalui media elektronik (radio, televisyen dan filem), seperti pembacaan berita, penyampaian hebahan, ulasan dan pengacaraan sesuatu rancangan.” Dengan adanya satu bahasa yang standard dalam dalam media massa, masalah yang timbul disebabkan salah faham yang berlaku di kalangam rakyat dapat diatasi.
Selain itu, penggunaan bahasa Melayu baku dalam media massa juga boleh mengelakkan berlakunya percanggahan tafsiran ekoran daripada penggunaan dialek di Malaysia. Umpamanya penggunaan perkataan bela membawa maksud yang kotor bagi masyarakat di Kelantan sedangkan bagi dialek lain maksudnya pelihara. Begitu juga dengan penggunaan ayak di Kedah yang bemaksud air, sedangkan maksud saring bagi dialek lain.
Melalui media massa, perpaduan di antara pengguna-pengguna dialek terhadap penggunaan bahasa yang standard dan sama turut ditimbulkan. Dengan menggunakan satu bahasa yang sama di kalangan seluruh rakyat,maka ciri-ciri perpaduan masyarakat rakyat dapat dipupuk.

Tolong......Siapa A.H.Keane??

A.H.Keane?

Sudah berminggu-minggu saya cari maklumat beliau...tetapi masih kosong lagi.....

Haraplah sesiapa boleh tolong saya......tolong....tolong.......

Diri saya

Siapakah saya?

Saya Tien. 27 tahun. Seorang guru. Sudah kena tempah..hehe...Saya suka makan nanas...haha...