Sunday, August 23, 2009

Gimnastik berirama di sekolah ...hehe

Pendidikan Jasmani saya dengan gimnastik berirama untuk Tahun Enam memang susah dan menarik bagi saya. Saya telah menghadapi sedikit masalah juga tetapi saya masih dapat mengatasinya dengan candangan-cadangan dari rakan-rakan. Tambahan pula, saya telah belajar banyak benda-benda melalui pelajaran ini kerana ia juga merupakan satu cabaran bagi saya yang tidak pernah mengajar topik ini. Saya juga mendapatkan idea melalui internet dan ia amat sesuai dengan pelajar tahun 6.

Pelajar-pelajar amat berminat tentang pegajaran ini tetapi mereka semua juga berasa ia amat sukar(kebanyakan pelajar lelaki). Aktiviti itu memerlukan pelajar-pelajar untuk melakukan teknik yang menggunakan reben ,gelang dan bola dengan ‘Schottische Step’ dan mengikuti irama muzik. Minggu pertama, saya melakukan teknik yang ringkas dan memberikan perterangan yang sesuai. Seterusnya, latih tubu dilakukan oleh setiap pelajar. Keadaan pada masa itu kelam kabut tetapi juga dapat diselesaikan dengan ”baik”.

Seterusnya, saya menyuruh pelajar-pelajar bagi mewujudkan persembahan menggunakan Schottische Step, mengikuti irama muzik dalam empat kumpulan. Bila mereka membincangkan tentang persembahan mereka, saya pun memberikan sedikit candangan supaya mereka boleh mewujudkan langkah-langkah yang betul dan menarik. Persembahan mereka akan ditunjukkan pada minggu seterusnya.

Minggu kedua, mereka telah mewujudkan ”tarian” mereka dalam kumpulan-kumpulan mereka. Saya memberikan masa setengah jam untuk berlatih. Kemudian, saya memita mereka membuat persembahan di hadapan kumpulan lain. Saat yang dinanti-nantikan telah mula. Kumpulan pertama, kumpulan kedua, kumpulan ketiga dan kempulan keempat ........persembahan tamat....Apa yang saya nampak ialah persembahan telah melebihi apa yang saya jangkakan sebelum ini. Pelajar-pelajar itu mewujudkan persembahan yang menarik walaupun ada sedikit kelam kabut terutamanya pelajar lelaki yang malu-malu telah ”merosakkan” persembahan. Tapi hasilnya, memuaskan dan saya rasa mereka akan melakukannya dengan lebih baik sekiranya diberikan masa yang lebih panjang.

P/S : Hari tersebut lupa nak ambil gambar, tak syok....

3 comments:

  1. Kanak-kanak ibarat kain putih, ia terpulang kepada orang dewasa, terutamanya ibu bapa dan para pendidik untuk mewarnainya.
    Mereka sedia dididik asalkan kena pada tempatnya. Maka, kita sebagai pendidik harus cukup bersedia untuk mendidik mereka agar mereka mencapai tahap yang semaksimum mungkin dalam menghadapi era globalisasi ini.

    ReplyDelete
  2. betul kata-kata ooi.

    pernah disebutkan orang:
    ku serahkan anakku padamu
    apa yang mu serah balik padaku?

    masa depan anak-anak murid separuh itu di dalam tangan pendidiknya.

    ReplyDelete
  3. Gimnastik adalah suatu sukan yang saya paling suka. Tak sangaka? Saya memang sukanya, walaupun tidak pandai sangat. Lain kali, kami boleh kongsi pengalaman bersama.

    ReplyDelete