Sunday, August 30, 2009

Gangguan manis....

Gangguan terjadi beberapa hari dalam kehidupan aku. Anda yang dari jauh telah masuk ke dalam hidup menjadikanku keletihan, tidak cukup ketiduran dan kelam kabut.

24 Ogos 2009, malam, anda telah menelefonku bahawa anda akan mengikut keluargamu menyeberang laut ke sini. Anda memberitahuku bahawa anda tidak mengikuti keluarga pergi ke Langkawi dan akan berada di Kuala Lumpur selama 4 hari 3 malam. Dengan itu, aku telah mengajak anda tinggal di rumah aku supaya kita yang sudah lama tidak jumpa ni boleh bertemu.

Setelah anda sampai,gangguan itu bermula. Anda sampai di rumah aku pada malam hari Khamis. Malam itu, kita berbual-bual sehingga pukul 3 pagi. Sejak datang ke sini, aku tidak berbuat sedemikian...Masih ingat, itulah perkara yang selalu aku lakukan bersama rakan-rakan sejati semasa belajar. Malam itu, kita berbual tentang perkara dulu serta sekarang...ada yang gembira, ada yang menyedihkan...aku faham semuanya suara hati
kita dua..

Hari keesokan, kita semua telah pergi ke Bukit Bintang. Aku yang bertanggungjawab memandu kereta..Dalam perjalanan, anda yang suka bergurau menghiburkan kita..Setelah sampai di sana, anda mulai membeli-belah. Inilah tujuan anda datang ke sini. Aku pun menemani anda sampai pukul 9.00 malam barulah bertolak balik ke rumah.

Hari ketiga, kita turut berjuang di tempat lain ” Sogo”. Nampaknya anda hanya boleh mendapat sedikit bahan perjuangan. Jadi, kita pun bertukar tempat ke Time Square supaya boleh bertemu dengan ahli keluarga. Malam ini kita balik pada pukul 10.30 dengan menaiki KTM. Kemudian, kita sambung di mamak. Kebetulan malam ini terdapat siaran langsung pertandingan “Manchester United vs Arsenal”, kita pun menonton siaran langsung ini sehingga pukul 1.00. MU telah menang dalam pertandingan ini dengan 2 : 1 .

Masa berlalu begitu cepat. Awal pagi hari ini, aku telah menghantar anda ke stesen KTM. Anda akan balik petang ini. Walaupun beberapa hari ini, kita semua dalam keletihan, tetapi ini amat bermakna bagi kita dan amat aku hargai ia. Gangguan manis telah tamat. Dengan itu, kehidupanku kembali tenang. Di sini, aku berterima kasih kepada anda yang memberikan kenangan ini.......Rakan sejati, Tham KF.

4 comments:

  1. Saat-saat bersama rakan sejati itu saat-saat yang manis hingga ke dalam hati.

    Bertuah Tien dapat bercuti dengan kawan sejati.

    Gangguan manis gangguan yang dialu-alukan.

    ReplyDelete
  2. Saya anggap ini suatu pengorbanan seorang sahabat. Sahabat itu tidak perlu ramai, cukuplah seorang sahabat. Cukup jika sahabat itu seorang yang berhemah. Kita pun turut berhemah kelak.

    P/S: Akan lebih manis jika anda menggunakan tajuk "Saat Yang Dikenang"...
    Walaubagaimanapun, ini hanyalah cadangan.

    ReplyDelete
  3. betul juga ooi...tapi masa itu tak terfikir guna tajuk ini...lain kali saya akan tanya ooi dahulu...hehe

    ReplyDelete
  4. apabila tengaok tajuk, saya memang tidak faham apa akan dibincangkan ..
    setelah habis membaca, rupa-rupanya tien seorang yang amat mementingkan kawan.

    kawan penting kerana manusia tidak boleh hidup berseorangan. Bermula dari dulu, manusia hidup berkumpulan atau berkelompok, tiada seorang pun boleh hidup bersendirian.

    di samping itu, kita patut berhati-hati semasa memilih kawan. kawan yang baik akan mengajar kita berbuat baik tetapi jika kita berkawan dengan orang jahat, kita akan dipengaruhi supaya menjadi orang yang sama dengan dia juga.
    jadi, kita harus pandai membandingbezakan antara yang baik dan jahat ..

    ReplyDelete