Sunday, September 6, 2009

UPSR

UPSR?
Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah atau UPSR adalah program pengujian untuk menilai pencapaian kognitif pelajar di akhir sekolah rendah di Malaysia dan diambil oleh pelajar-pelajar di akhir Tahun Enam pendidikan rendah.

Ia diperkenalkan pada tahun 1987 bagi menggantikan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Pada tahun 1995, format Matematik diubah dengan memperkenalkan soalan subjektif. Pada tahun 2001, penilaian termasuk kerja sekolah calon.
Objektifnya ialah untuk menilai pencapaian pelajar sekolah rendah dalam kemahiran asas mereka di dalam Sains dan Matematik dan juga bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Ia berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

Kira-kira 15 tahun yang lalu saya telah menduduki UPSR. Masih ingat masa itu memang berasa sangat risau. Apa yang risau? Apa lagi, pasti Bahasa Malaysia yang selalunya menjadi cabaran utama bagi pelajar cina di SJKC. Pencapaian BM saya mulai merosot semasa saya belajar tahun 3. Punca utama ialah saya tidak memahami apa yang diceritakan dan diajar oleh guru kaum Melayu. Saya percaya ini bukan masalah saya, bahkan ia juga masalah kebanyakan pelajar cina. Keputusan UPSR saya kurang memuaskan terutmanya BM penulisan. Ini merupakan satu pengalaman pahit bagi saya.

8-10 / Ogos 2009 merupakan UPSR tahun ini. Ia juga melibatkan saya. Mungkin anda ingat saya akan menduduki UPSR lagi ke...Bukan. Sebenarnya ialah anak murid saya yang menduduki peperiksaan ini. Tahun ini saya diagihkan tugasan untuk mengajar tahun 6 Bahasa Malaysia. Ia merupakan cabaran bagi saya yang masih baru dalam bidang pendidikan.

Anak murid ini rasa-rasanya tidak risau tentang peperiksaan. Adakah anak murid hari ini semua sedemikian, ataupun hanya anak murid yang ”hebat” saja. Setiap kali saya bertanya ”adakah anda semua berasa risau?’ Jawapannya memang tidak. Kenapa sedemikian? Saya masih cari jawapannya. Adakah mereka sudah putus asa? Adakah mereka tidak mengambil berat ? Ini sudah tidak penting bagi mereka dan saya kerana masa tidak mengizinkan. UPSR akan berlangsung 2 hari lagi. Yang saya harap ialah mereka boleh menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh.

P/s : saya sentiasa berdoa bahawa mereka dapat mengatasi lintangan ini supaya mencapai keputusan yang terbaik.

3 comments:

  1. memang hebat Tien !!!
    walaupun pencapaian BM tidak baik semasa sekolah rendah, tetapi Tien mampu mengatasinya sehingga sekarang menjadi guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia tahun 6. lebih-lebih lagi, tien sekarang telah menyambung pelajaran di UPM dengan mengambil Bacelor Linguistik Melayu...
    memang HEBAT !!!

    ReplyDelete
  2. Bagi saya, saya rasa murid-murid di sekolah saya amat tertekan. kemungkinan saya yang memberikan banyak tekanan terhadap mereka. Maafkan cikgu, murid-murid.

    ReplyDelete
  3. Saya amat bersyukur kerana dapat diajar oleh guru BM yang baik semasa belajar di sekolah rendah.
    Nama guru BM saya ialah Lee Seng Chai. Beliau telah mengajar saya subjek BM dari Tahun 3 hingga Tahun 6.
    Sungguhpun Cikgu Lee sangat garang dan menaruh harapan yang tinggi terhadap anak muridnya, tetapi beliau seorang guru yang sungguh dedikasi dan bersungguh-sungguh.
    Dengan adanya didikan BM daripada Cikgu Lee, barulah saya dapat menyesuaikan diri dengan baik semasa belajar di sekolah menengah.
    Mungkin BM saya tak sehebat mana, tetapi tanpa didikan beliau, apalah saya sekarang?

    ReplyDelete