Thursday, September 24, 2009

Perak dan Pulau Pinang




Lima hari empat malam melawat ke dua tempat iaitu Ipoh Perak dan Pulau Pinang amat meletihkan tetapi ia merupakan pengalaman yang baik bagi saya.

kami bertolak pada hari Sabtu yang lalu kira-kira pukul 9.30 pagi. Had laju dalam perjalanan di lebuhraya utara-selatan kira-kira 100km/jam. rasa-rasanya lalu lintas hari ini lancar sekali. Tapi berlakunya kesesakan lalu lintas setelah sampai pertengahan perjalanan akibatnya berlaku kemalangan 4 buah kereta melanggar antara satu sama lain. Ini telah menyebabkan perjalanan kami mengambil masa 4 jam sampai ke Gopeng iaitu kira-kira 2 petang. Nasib malang masih menyambung dengan hujan lebat telah mengakibatkan kami tidak dapat melawat ke gua Tempurung. Walaobagaimanapun, kami sempat juga menikmati makanan yang sedap "ayam tau gei".


Hari kedua, perancangan kami di Ipoh ialah "kelies castle", kapal korek biji timah, "
"gua ji len" dan "gua san bao". Hari ini, cuaca mengizinkan kami melawat ke tempat yang dirancang. Yang menarik di Ipoh ialah setiap kali kami menjamu selera semestinya harus menunggu setengah jam baru ada tempat duduk. Ini menjelaskan bahawa penduduk di sana memang suka makan.

Hari ketiga, kami bertolak ke penang setelah menikmati tengah hari di sebuah kedai yang terkenal di pusat bandar Ipoh. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 setengah jam. setelah sampai di rumah kawan, kami berehat sebentar supaya bertenaga untuk jalan-jalan cari makan pada waktu malam. Dengan malangnya, perut saya sakit tiba-tiba kemungkinan kekurangan mimun air sepanjang hari. Ini telah merosakkan "mood" untuk menikmati makanan di bandar yang penuh dengan makanan yang sedap.

Hari keempat, kami telah melawat ke tempat-tempat menarik di Pulau Pinang. Segala yang menarik boleh merujuk gambar-gambar yang disertai. Pulau Pinang memang menjadi tempat pelancongan yang seseuai bagi ramai orang. Tempat menarik, makanan sedap.

Kami pulang ke Semenyih pada hari kelima. Perjalanan lancar sekali dan mengambil masa 5 jam untuk sampai ke rumah.

3 comments:

  1. Memang kesian tien sakit perut ketika melancong. Saya juga pernah ada pengalaman macam ini ketika ku melancong di Hong Kong. Tambahan pula, saya memang bangga atas makanan di Pulau Pinang. Sedap dsan murah. Saya amat rindunya...

    ReplyDelete
  2. Saya juga ada pengalaman yang sama dengan Tien dan Ng. Nasib baik dapat cari tandas akhirnya, hahaa......
    Seronok Tien dapat pergi ke sana sini masa cuti.

    ReplyDelete
  3. makanan di Penang memang sedap kan ?

    ReplyDelete